Friday, 27 November 2015

Redha Dengan Ketentuan

Assalamualaikum dan hai..
lame dah tak update blog..well saya ni jenis kalau tak de idea nak cakap ape..memang x de ape lah yang terucap..kalo dah ade idea..mencurah-curah pulak yang keluar..sedikit pengosian rase dan pendapat daripada pengalaman baru-baru ini..


Apabila sesuatu yang kau suka telah kau kejar namun jika takdirnya bukan untuk kau...sesuatu itu takkan jadi milik kau..sama ada sesuatu itu sememangnye bukan milik kau atau belum sampai masanya ianya jadi milikmu..

Satu yang menjadi pegangan..kalau sudah rezeki dari Allah ianya akan menjadi milik kau juga..kalau dah jodoh ..lari mana pun takkan terlepas...namun itu semua bukanlah hanya datang dari harapan dan impian semata-mata..ianya perlu didatangi dengan usaha juga...iaitu Usaha~Doa~Tawakal..outputnye nanti adalah setimpal dengan usaha kita. seandainya ianya tidak setimpal mungkin Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari sudut lain..hilang kekasih hati..Allah ganti dengan sahabat yang baik yang sentiasa ada disisi..di kala susah dan senang..namun itu semua hendaklah dijaga dan dihargai..sebagai manusia hendaklah sentiasa kita bersyukur..ketika Allah menghadirkan bahagia dan rahmat..bersyukurlah,hargailah dan jagalah...andai iainya pergi atau hilang..ianya bukan milikkita lagi kerana semuanya hanyalah pinjaman dari Allah pada kita di dunia yang fana yang sementara..

#syukur selalu


puisi untuk si dia

Buat awak yang ajar saya bercinta
Terima Kasih atas kebahagiaan dan juga derita
Kecewa dalam hati masih ada
Namun apa daya
Mungkin belum masanya
Atau mungkin kau bukan untukku
Namun doa untukmu sentiasa ada
selagi rasa berbaki di hatiku
ku akan setia selagi tiada yang halal hadir mengisi hati ini
Ku akan setia menunggumu..
ONE DAY...InsyaaAllah

Kata sahabatku yang baik yang memahamiku
Jodoh ada dua..namun tak semua merasai keduanya..
Pertama-jodoh dengan ajal-itu pasti
Kedua-tidak pasti-hargai jika perolehi..jagalah

Assalamualaikum..wbt

Wednesday, 12 March 2014

Faktor Perkembangan Islam di Alam Melayu

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di alam Melayu. Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :

1) Perdagangan
Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Diantara barang-barang tersebut ialah lada, rempah, kemenyan dan terutamanya kapur barus. Khusus tentang kapur barus, ia pernah dianggap sebagai punca yang membawa orang-orang Arab ke Nusantara sejak awal lagi. Sebenarnya barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga orang-orang Barat.

Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di Perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadi pedagang, saudagar-saudagar tersebut menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.

Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.

2) Keunggulan Islam
Faktor-faktor penyebaran Islam di alam Melayu juga datang daripada keunggulan Islam itu sendiri. Antaranya ialah kesederhanaan, kesucian, dan keluhuran agama Islam yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara sesama Islam, tidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang bertuhankan kepada berhala dan dewa disamping mangamalkan sistem kasta.

Ahli-ahli sosiologi moden menjelaskan bahawa sentimen pro-Islam yang mendalam di kalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan Bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalam masyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem masyarakat lama. Memeluk agama Islam adalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari belenggu kasta. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama manusia telah menjadi faktor yang utama dalam penukaran agama.

Sesungguhnya sistem-sistem kasta diikuti sebagaimana yang diamalkan di India, tetapi tidaklah benar sama sekali jika dianggap bahawa tidak ada perbezaan taraf dikalangan masyarakat orang beragama Hindu digugusan kepulauan melayu pada masa itu.

3) Perkahwinan
Ramai saudagar yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.

Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam.

Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara lain. proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya.

4) Pengislaman Pemerintah
Pengislaman pemerintah merupakan salah satu faktor bagi perkembangan Islam di alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Apabila pemerintah memeluk Islam, nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang-orang yang kaya. dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki.

5) Perlumbaan Penyebaran Agama Islam Dan Kristian
Satu lagi faktor yang bertanggumgjawab bagi perkembangan agama Islam di rantau ini disebabkan adanya perlumbaan penyebaran agama Islam dan Kristian, terutama di dalam abad ke-15 dan ke-16 yang dianggap ekoran dari Perang Salib. Sejak semenanjung Iberia ditawan oleh kuasa Islam dalam tahun 732 M berlanjutan hingga Peperangan Salib dan seterusnya dalam abad ke-15 telah meninggalkan kesan-kesan yang mendalam dan di dalam tulisan-tulisan orientalis Barat selalu mengecil-ngecilkan peranan Islam di samping usaha-usaha melemahkan agama Islam. Persaingan ini menjadi satu sebab Islam telah berkembang dengan pesat di kalangan penduduk Kepulauan Melayu.

6) Penaklukan
Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi. Kerajaan Pasai sebagaimana yang diterangkan dalam catitan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.
Melaka di zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah diTanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Petani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lainya. Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.

7) Kesusasteraan
Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini memudahkan para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.
Dizaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran Islam. Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-orang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara.

8) Peranan Ahli Tsawuf dan Sufi
Kegiatan penyebaran Isalm dikebangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf da sufu merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan satun dan bertatatertip sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempersonakan orang ramai.
Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bija dalam tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan par pembesar. Di zaman kesultanan Acheh,golongan tasawuf telah diberi peranan penting dalam pentadbiran. Semasa pentadbiran Iskandar Muda,seramai 22 orang ulama(ahli tasawuf) telah menganggotai Balai Gadang yang menjadi pusat bagi membicangkan masalah pemarintahan negara dan masalah agama. Antara mereka adalah Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Acheh dalah kegiatannya sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara.
Sementara pada zaman kerajaan Islam Demak, golonhan ini lebih dikenali sebagai Wali Songo. Mereka memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Pulau Jawa. Tokoh-tokoh Sunan Ampel,Sunan Bonang dan Sunan gunung Jati memang tidak asing dalam sejarah perkembangan pengaruh islam di Jawa dan sekitarnya.

Friday, 7 March 2014

e-perniagaan


Apa Itu E-Perniagaan
Definisi

E-perniagaan (atau perniagaan elektronik) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan penggunaan  internet untuk menjalankan perniagaan anda. E-perniagaan hanya mewakili sebahagian kecil daripada perniagaan di seluruh dunia, tetapi adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang dan menyediakan peluang-peluang yang sangat baik untuk usahawan memasuki pasaran. Internet menyediakan pengguna cara-cara untuk berinteraksi dengan perniagaan dan telah membuat proses jual dan beli lebih berdaya saing di seluruh dunia. Kadar globalisasi telah dipengaruhi dengan ketara oleh internet, menjadikannya lebih mudah bagi orang-orang dan organisasi yang dipisahkan oleh jarak untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.
Sebuah perniagaan boleh dianggap sebagai e-perniagaan walaupun ia tidak membeli dan menjual produk melalui internet. Sebagai contoh, perniagaan kedai  boleh membuat keputusan untuk mewujudkan sebuah laman web untuk mempromosikan perniagaan mereka walaupun tidak menjual produk secara langsung melalui internet. Hampir semua perniagaan kini adalah e-perniagaan walaupun  sedikit. Ramai telah mengambil langkah seterusnya dan terlibat dengan e-dagang.
           E-dagang secara khusus merujuk kepada pesanan, membeli, menjual dan membayar untuk produk dan perkhidmatan menggunakan internet. E-dagang adalah subset e-perniagaan dan boleh membentuk keseluruhan perniagaan atau digunakan bersama model perniagaan tradisional yang sedia ada. E-dagang menggunakan internet untuk pasaran, menjual dan menjalankan urus niaga dengan pelanggan tanpa bersemuka hubungan antara pembeli dan penjual. Banyak e-perniagaan kini menjalankan semua operasi mereka secara online dan tidak mempunyai kedai fizikal yang pelanggan boleh lawati.


 


Pengenalan atau Latar Belakang
Penggunaan awal Web untuk Perniagaan
Laman web digunakan dalam perniagaan untuk pemasaran tidak lama selepas reka bentuk web berasaskan grafik terdapat pada awal 1990-an. Kebanyakan laman web ini disediakan untuk memberi maklumat asas kepada pelawat  mengenai produk-produk dan perkhidmatan syarikat, maklumat kenalan seperti nombor telefon dan alamat e-mel untuk membantu pengguna menghubungi syarikat untuk perkhidmatan yang disediakan. Langkah menyediakan maklumat perniagaan yang mudah untuk mencari pelanggan perniagaan melalui web itu berlaku hampir sebaik sahaja jabatan pemasaran menyedari bahawa laman web syarikat sedia ada untuk berjuta-juta orang layari. Jualan dalam talian bermula pada tahun 1994 dengan keupayaan untuk menyulitkan data kad kredit.
Permulaan Jualan dalam Talian
Dengan kemunculan bercagar Socket Layer (SSL), yang dibangunkan oleh Netscape pada tahun 1994, laman web membangunkan keupayaan untuk menyulitkan sesi, menjadikan urus niaga kad kredit di Internet lebih selamat. Dengan sambungan disulitkan antara pelayan syarikat dan komputer pelanggan, nombor kredit boleh bertopeng supaya mereka tidak dapat dipintas oleh pihak ketiga, dengan itu menjadikan kecurian maklumat kad kurang. Keselamatan ini membawa kepada peningkatan jumlah perniagaan yang menawarkan produk untuk dijual melalui laman web.
Kelahiran Web Jualan Moden

        Perkembangan dalam teknologi pelayan, termasuk keupayaan untuk membina laman web dari pangkalan data produk, menghasilkan perniagaan internet besar seperti eBay dan Amazon. Dalam laman web produk jualan yang sebelumnya, setiap produk terpaksa disiarkan secara manual di laman web. Dengan pangkalan data yang didorong oleh laman , syarikat-syarikat boleh menggunakan web-page templates untuk memaparkan puluhan ribu produk on-the-fly. Oleh kerana bilangan produk yang ada meningkat, begitu juga trafik dan jualan di laman web ini.

Friday, 17 January 2014

Ten Principles Of Economics

How people make a decisions

Principles 1 :People Face Trade-offs
  • Making decisions requires trading off one goal against another.
  • To get one thing,we should give up another thing.
  • Efficiency v. equity
  • Efficiency:society gets the most that it can from its scarce resources
  • Equity : the benefits of those resources are distributed fairly among the members of society.
Principle 2 :The cost of something Is what you give up to get it

  • Decisions require comparing costs and benefits of alternatives.
  • Opportunity cost : what you give up to obtain that item.
Principle 3: Rational people think at the margin.

  • Marginal changes : small, incremental adjustments to an existing plan of action.
  • People make decisions by comparing costs and benefits at the margin.\
Principle 4 : People respond to incentives

  • Marginal changes in costs or benefits motivate people to respond.
  • The decision to choose one alternative over another occurs when that alternative's marginal benefits exceed its marginal costs.
How People Interact

Principle 5 : Trade can make everyone better off

  • People gain from their ability to trade with one another.
  • Competition results in gains from trading.
  • Trade allows people to specialize in what they do best.
Principle 6 :Markets are usually a good way to organize economic activity

  • A market economy is an economy that allocates resources through the decentralized decisions of many firms and households as they interact in markets for good and services.
  • Households decide what to buy and who to work for
  • Firms decide who to hire and what to produce.
Principle 7: Governments can sometimes improve market outcomes.

  • Market failure occurs when the market fails to allocates resources efficiently.
  • This happen may caused by:
  • externality: impact of one person or firm actions on the well-being of a bystander.
  • market power: ability of a single person or firm to unduly influence market price.
How the Economy as a whole works

Principle 8 : The standard of living depends on a country's production.

  • Standards are be measured in :
  • by comparing personal incomes.
  • by comparing the total market value of a nation's production.
Principle 9 : Prices rise when the government prints too much money.

  • Inflation is an increase in the overall level of prices the economy.
  • One cause of inflation is the growth the quantity of money.
  • When the government creates large quantities of money, the value of money falls.
Principle 10 : Society faces a short-run tradeoff between inflation and unemployment.

  • Phillips Curves illustrates the tradeoff between inflation and unemployment
  • Inflation decrease ~ unemployment increase.


Tuesday, 31 December 2013

2014..(datang mu tak ku se....)

assalamualaikum..
tetiba rase nak post..
sekarang ni dah tahun 2014 maknanya nak dekat 19 tahun aq hidup tp lambat  lagi..tggu lagi sembilan bulan genap aq  19 tahun..hehehe
anyway kat sini sebenarnya nak cerita pasal ,masa berlalu amat pantas jika tidak digunakan sepenuhnya dengan baik amatlah merugikan.Pesanan buat diri sebenarnya supaya jangan membazir masa.Namun,as human always make a a mistake,secara sengaja mahupun sedar sebenarnya.Walau apa pun aq selalu berdoa agar masa yang aq dapat digunakan sebaiknya dengan perkara berfaedah.Tapi masa depan tak siapa tahu apa akan berlaku kan?

Dalam sedar tak sedar hidup kat dunia dah lama rupanya.Dah besar dah aq rupanya,pernah aq cakap kat kawan aq tak nak membesar,tak nak jadi orang dewasa boleh tak?kawan aq pun cakap aq pun sama,tak nak jadi dewasa..tapi masing2 tahu itu mustahil  and time still fly on.Masa terus berlalu,kalau aq still fikir tak nak jadi orang dewasa ,dalam mimpi pun tak akan dapat sebenarnya.

Moral of the story,use our time wisely.Because the time that you have now,never will come back.Its only once and never ever willl turn back.And if you wish for the past to turn back you only waste your time and appreciate the ime that you have now with using it wisely.
*tetiba speking saje nak improve*

*that all from me*

Monday, 30 December 2013

Apa itu insomnia??

Apa itu Insomnia?

Insomnia adalah kesukaran untuk tidur dan kekurangan kualiti tidur. Kini,pelbagai lapisan masyarakat yang mengalaminya.
Terdapat 3 jenis insomnia:
  1. Insomnia sementara: simptom berlaku selama beberapa hari sehingga seminggu paling lama
  2. Insomnia Akut: Juga dipanggil insomnia jangka pendek.Berlaku selama beberapa minggu
  3. Insomnia kronik: Simptom berlaku selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.Menurut National Institutes of Health kebanyakan kes insomnia kronik adalah disebabkan kesan sampingan yang berlaku oleh pesakit itu yang mengalami  masalah lain.
Walaupun insomnia boleh berlaku  pada sebarang usia,tetapi lebih kerap dihidapi oleh pesakit wanita daripada lelaki.. Gangguan tidur ini  boleh melemahkan sekolah dan prestasi kerja, dan juga menjadi punca obesiti, kebimbangan, kemurungan, cepat marah, kurang tumpuan, masalah ingatan, fungsi sistem imun yang lemah, dan mengurangkan masa tindak balas. Insomnia juga telah dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kronik.

Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah gangguan tidur ini antara lain:
  • Berolah raga teratur. Beberapa penelitian menyebutkan berolah raga yang teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Olah raga sebaiknya dilakukan pada pagi hari dan bukan beberapa minit menjelang tidur. Dengan berolah raga, kesihatan akan menjadi lebih optimal, sehingga tubuh dapat melawan stress yang muncul dengan lebih baik.
  • Hindari makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak senang, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering  untuk buang air kecil.Oleh itu, keadaan ini akan menganggu untuk tidur yang nyenyak.
  • Tidurlah dalam lingkungan yang nyaman. Saat tidur, matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulkan suara, pastikan selesa  dengan suhu ruangan tiduranda. Jauhkan jam meja dari pandangan  kerana benda itu dapat membuat Anda cemas keraan belum dapat terlelap sementara masa terus berlalu.
  • Kurangkan mengambil minuman yang bersifat stimulan atau yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi, alkohol dan rokok. Hal-hal tersebut akan menyebabkan anda terjaga yang tentu saja tidak anda perlukan bila ingin tidur.
  • Makananlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat menjelang tidur. Minumlah segelas susu panas.
  • Mandilah dengan air panas  30 menit atau satu jam sebelum tidur. Mandi airpanas akan menyebabkan efek sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, mandi air panas juga mengurangi ketengangan tubuh.
  • Hentikan menonton TV, membaca buku, setidaknya satu jam sebelum tidur.Gunakanlah tempat tidur Anda khusus hanya untuk tidur. Hal demikian, untuk kita sesuaikan diri dengan lingkungan tempat tidur. Saat terbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur.
  • Lakukan aktivitas relaksasi secara rutin. Mendengarkan muzik, melatih pernafasan, meditasi dan lain-lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh, sehingga tubuh Anda akan menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur.
  • Tenangkan fikiran,jangan fikir tentang perkara yang menyesakkan fikiran. 
  • Tidur dan bangunlah dalam waktu yang tetap setiap hari.


Read more: http://doktersehat.com/apa-itu-insomnia/#ixzz2p2BcWbma
*tidur yang cukup dan sempurna  melahirkan produktiviti yang mantap*
-badan sihat,otak cerdas,membuahkan hasil yang baik-
Assalamualaikum...embuka bicara..di sini saya nak berkongsi sedikit tentang 10 soalan sebelum bertunang..harap bermanafaat..

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Source: iLuvIslam
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. 

 Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
 10 soalan itu adalah
: 1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
 2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan? Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
 3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya? Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
 4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
 5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan? Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
 6. Adakah dia seorang yang suka bergaul? Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari? 
 7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya? Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
 8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya? Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
 9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan? Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman. 
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka? Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga? Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. 
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
 Source: iLuvIslam

*that all from me*