Monday, 30 December 2013

Apa itu insomnia??

Apa itu Insomnia?

Insomnia adalah kesukaran untuk tidur dan kekurangan kualiti tidur. Kini,pelbagai lapisan masyarakat yang mengalaminya.
Terdapat 3 jenis insomnia:
  1. Insomnia sementara: simptom berlaku selama beberapa hari sehingga seminggu paling lama
  2. Insomnia Akut: Juga dipanggil insomnia jangka pendek.Berlaku selama beberapa minggu
  3. Insomnia kronik: Simptom berlaku selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.Menurut National Institutes of Health kebanyakan kes insomnia kronik adalah disebabkan kesan sampingan yang berlaku oleh pesakit itu yang mengalami  masalah lain.
Walaupun insomnia boleh berlaku  pada sebarang usia,tetapi lebih kerap dihidapi oleh pesakit wanita daripada lelaki.. Gangguan tidur ini  boleh melemahkan sekolah dan prestasi kerja, dan juga menjadi punca obesiti, kebimbangan, kemurungan, cepat marah, kurang tumpuan, masalah ingatan, fungsi sistem imun yang lemah, dan mengurangkan masa tindak balas. Insomnia juga telah dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kronik.

Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah gangguan tidur ini antara lain:
  • Berolah raga teratur. Beberapa penelitian menyebutkan berolah raga yang teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Olah raga sebaiknya dilakukan pada pagi hari dan bukan beberapa minit menjelang tidur. Dengan berolah raga, kesihatan akan menjadi lebih optimal, sehingga tubuh dapat melawan stress yang muncul dengan lebih baik.
  • Hindari makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak senang, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering  untuk buang air kecil.Oleh itu, keadaan ini akan menganggu untuk tidur yang nyenyak.
  • Tidurlah dalam lingkungan yang nyaman. Saat tidur, matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulkan suara, pastikan selesa  dengan suhu ruangan tiduranda. Jauhkan jam meja dari pandangan  kerana benda itu dapat membuat Anda cemas keraan belum dapat terlelap sementara masa terus berlalu.
  • Kurangkan mengambil minuman yang bersifat stimulan atau yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi, alkohol dan rokok. Hal-hal tersebut akan menyebabkan anda terjaga yang tentu saja tidak anda perlukan bila ingin tidur.
  • Makananlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat menjelang tidur. Minumlah segelas susu panas.
  • Mandilah dengan air panas  30 menit atau satu jam sebelum tidur. Mandi airpanas akan menyebabkan efek sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, mandi air panas juga mengurangi ketengangan tubuh.
  • Hentikan menonton TV, membaca buku, setidaknya satu jam sebelum tidur.Gunakanlah tempat tidur Anda khusus hanya untuk tidur. Hal demikian, untuk kita sesuaikan diri dengan lingkungan tempat tidur. Saat terbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur.
  • Lakukan aktivitas relaksasi secara rutin. Mendengarkan muzik, melatih pernafasan, meditasi dan lain-lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh, sehingga tubuh Anda akan menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur.
  • Tenangkan fikiran,jangan fikir tentang perkara yang menyesakkan fikiran. 
  • Tidur dan bangunlah dalam waktu yang tetap setiap hari.


Read more: http://doktersehat.com/apa-itu-insomnia/#ixzz2p2BcWbma
*tidur yang cukup dan sempurna  melahirkan produktiviti yang mantap*
-badan sihat,otak cerdas,membuahkan hasil yang baik-

No comments:

Post a Comment