FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di alam Melayu. Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :
1) Perdagangan
Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Diantara barang-barang tersebut ialah lada, rempah, kemenyan dan terutamanya kapur barus. Khusus tentang kapur barus, ia pernah dianggap sebagai punca yang membawa orang-orang Arab ke Nusantara sejak awal lagi. Sebenarnya barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga orang-orang Barat.
Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di Perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadi pedagang, saudagar-saudagar tersebut menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.
Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.
2) Keunggulan Islam
Faktor-faktor penyebaran Islam di alam Melayu juga datang daripada keunggulan Islam itu sendiri. Antaranya ialah kesederhanaan, kesucian, dan keluhuran agama Islam yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara sesama Islam, tidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang bertuhankan kepada berhala dan dewa disamping mangamalkan sistem kasta.
Ahli-ahli sosiologi moden menjelaskan bahawa sentimen pro-Islam yang mendalam di kalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan Bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalam masyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem masyarakat lama. Memeluk agama Islam adalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari belenggu kasta. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama manusia telah menjadi faktor yang utama dalam penukaran agama.
Sesungguhnya sistem-sistem kasta diikuti sebagaimana yang diamalkan di India, tetapi tidaklah benar sama sekali jika dianggap bahawa tidak ada perbezaan taraf dikalangan masyarakat orang beragama Hindu digugusan kepulauan melayu pada masa itu.
3) Perkahwinan
Ramai saudagar yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.
Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam.
Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara lain. proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya.
4) Pengislaman Pemerintah
Pengislaman pemerintah merupakan salah satu faktor bagi perkembangan Islam di alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Apabila pemerintah memeluk Islam, nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang-orang yang kaya. dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki.
5) Perlumbaan Penyebaran Agama Islam Dan Kristian
Satu lagi faktor yang bertanggumgjawab bagi perkembangan agama Islam di rantau ini disebabkan adanya perlumbaan penyebaran agama Islam dan Kristian, terutama di dalam abad ke-15 dan ke-16 yang dianggap ekoran dari Perang Salib. Sejak semenanjung Iberia ditawan oleh kuasa Islam dalam tahun 732 M berlanjutan hingga Peperangan Salib dan seterusnya dalam abad ke-15 telah meninggalkan kesan-kesan yang mendalam dan di dalam tulisan-tulisan orientalis Barat selalu mengecil-ngecilkan peranan Islam di samping usaha-usaha melemahkan agama Islam. Persaingan ini menjadi satu sebab Islam telah berkembang dengan pesat di kalangan penduduk Kepulauan Melayu.
6) Penaklukan
Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi. Kerajaan Pasai sebagaimana yang diterangkan dalam catitan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.
Melaka di zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah diTanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Petani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lainya. Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.
7) Kesusasteraan
Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini memudahkan para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.
Dizaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran Islam. Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-orang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara.
8) Peranan Ahli Tsawuf dan Sufi
Kegiatan penyebaran Isalm dikebangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf da sufu merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan satun dan bertatatertip sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempersonakan orang ramai.
Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bija dalam tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan par pembesar. Di zaman kesultanan Acheh,golongan tasawuf telah diberi peranan penting dalam pentadbiran. Semasa pentadbiran Iskandar Muda,seramai 22 orang ulama(ahli tasawuf) telah menganggotai Balai Gadang yang menjadi pusat bagi membicangkan masalah pemarintahan negara dan masalah agama. Antara mereka adalah Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Acheh dalah kegiatannya sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara.
Sementara pada zaman kerajaan Islam Demak, golonhan ini lebih dikenali sebagai Wali Songo. Mereka memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Pulau Jawa. Tokoh-tokoh Sunan Ampel,Sunan Bonang dan Sunan gunung Jati memang tidak asing dalam sejarah perkembangan pengaruh islam di Jawa dan sekitarnya.
Wednesday, 12 March 2014
Friday, 7 March 2014
e-perniagaan
Apa Itu E-Perniagaan
Definisi
E-perniagaan (atau perniagaan elektronik) adalah istilah
yang digunakan untuk menggambarkan penggunaan internet untuk menjalankan perniagaan anda. E-perniagaan
hanya mewakili sebahagian kecil daripada perniagaan di seluruh dunia, tetapi
adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang dan menyediakan
peluang-peluang yang sangat baik untuk usahawan memasuki pasaran. Internet
menyediakan pengguna cara-cara untuk berinteraksi dengan perniagaan dan telah
membuat proses jual dan beli lebih berdaya saing di seluruh dunia. Kadar
globalisasi telah dipengaruhi dengan ketara oleh internet, menjadikannya lebih
mudah bagi orang-orang dan organisasi yang dipisahkan oleh jarak untuk
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.
Sebuah perniagaan boleh dianggap sebagai e-perniagaan
walaupun ia tidak membeli dan menjual produk melalui internet. Sebagai
contoh, perniagaan kedai boleh
membuat keputusan untuk mewujudkan
sebuah laman web untuk
mempromosikan perniagaan mereka walaupun tidak
menjual produk secara
langsung melalui internet. Hampir semua perniagaan kini adalah e-perniagaan walaupun sedikit. Ramai telah mengambil langkah
seterusnya dan terlibat dengan e-dagang.
E-dagang secara khusus merujuk kepada pesanan, membeli, menjual dan membayar untuk produk dan perkhidmatan menggunakan internet. E-dagang adalah subset e-perniagaan dan boleh membentuk keseluruhan perniagaan atau digunakan bersama model perniagaan tradisional yang sedia ada. E-dagang menggunakan internet untuk pasaran, menjual dan menjalankan urus niaga dengan pelanggan tanpa bersemuka hubungan antara pembeli dan penjual. Banyak e-perniagaan kini menjalankan semua operasi mereka secara online dan tidak mempunyai kedai fizikal yang pelanggan boleh lawati.
E-dagang secara khusus merujuk kepada pesanan, membeli, menjual dan membayar untuk produk dan perkhidmatan menggunakan internet. E-dagang adalah subset e-perniagaan dan boleh membentuk keseluruhan perniagaan atau digunakan bersama model perniagaan tradisional yang sedia ada. E-dagang menggunakan internet untuk pasaran, menjual dan menjalankan urus niaga dengan pelanggan tanpa bersemuka hubungan antara pembeli dan penjual. Banyak e-perniagaan kini menjalankan semua operasi mereka secara online dan tidak mempunyai kedai fizikal yang pelanggan boleh lawati.
Pengenalan
atau Latar Belakang
Penggunaan awal Web untuk Perniagaan
Laman web digunakan
dalam perniagaan untuk pemasaran tidak lama selepas reka bentuk web berasaskan
grafik terdapat pada awal 1990-an. Kebanyakan laman web ini disediakan untuk
memberi maklumat asas kepada pelawat
mengenai produk-produk dan perkhidmatan syarikat, maklumat kenalan
seperti nombor telefon dan alamat e-mel untuk membantu pengguna menghubungi
syarikat untuk perkhidmatan yang disediakan. Langkah menyediakan maklumat perniagaan yang mudah untuk mencari pelanggan perniagaan melalui web itu berlaku hampir sebaik sahaja jabatan pemasaran menyedari bahawa laman web syarikat sedia ada untuk berjuta-juta orang layari. Jualan dalam talian bermula pada tahun 1994 dengan keupayaan untuk menyulitkan data kad kredit.
Permulaan Jualan dalam Talian
Dengan kemunculan bercagar Socket Layer (SSL), yang dibangunkan
oleh Netscape pada tahun 1994, laman web membangunkan keupayaan untuk menyulitkan sesi, menjadikan urus niaga kad kredit di Internet lebih selamat. Dengan sambungan disulitkan antara pelayan syarikat dan komputer pelanggan, nombor kredit boleh bertopeng supaya mereka tidak dapat dipintas oleh pihak ketiga, dengan itu menjadikan kecurian maklumat kad kurang. Keselamatan ini membawa kepada peningkatan jumlah perniagaan yang menawarkan produk untuk dijual melalui laman web.
Kelahiran Web Jualan Moden
Perkembangan dalam teknologi pelayan, termasuk keupayaan untuk membina laman web dari pangkalan data produk, menghasilkan perniagaan internet besar seperti eBay dan Amazon. Dalam laman web produk jualan yang sebelumnya, setiap produk terpaksa disiarkan secara manual di laman web. Dengan pangkalan data yang didorong oleh laman , syarikat-syarikat boleh menggunakan web-page templates untuk memaparkan puluhan ribu produk on-the-fly. Oleh kerana bilangan produk yang ada meningkat, begitu juga trafik dan jualan di laman web ini.
Friday, 17 January 2014
Ten Principles Of Economics
How people make a decisions
Principles 1 :People Face Trade-offs
Principle 5 : Trade can make everyone better off
Principle 8 : The standard of living depends on a country's production.
Principles 1 :People Face Trade-offs
- Making decisions requires trading off one goal against another.
- To get one thing,we should give up another thing.
- Efficiency v. equity
- Efficiency:society gets the most that it can from its scarce resources
- Equity : the benefits of those resources are distributed fairly among the members of society.
- Decisions require comparing costs and benefits of alternatives.
- Opportunity cost : what you give up to obtain that item.
- Marginal changes : small, incremental adjustments to an existing plan of action.
- People make decisions by comparing costs and benefits at the margin.\
- Marginal changes in costs or benefits motivate people to respond.
- The decision to choose one alternative over another occurs when that alternative's marginal benefits exceed its marginal costs.
Principle 5 : Trade can make everyone better off
- People gain from their ability to trade with one another.
- Competition results in gains from trading.
- Trade allows people to specialize in what they do best.
- A market economy is an economy that allocates resources through the decentralized decisions of many firms and households as they interact in markets for good and services.
- Households decide what to buy and who to work for
- Firms decide who to hire and what to produce.
- Market failure occurs when the market fails to allocates resources efficiently.
- This happen may caused by:
- externality: impact of one person or firm actions on the well-being of a bystander.
- market power: ability of a single person or firm to unduly influence market price.
Principle 8 : The standard of living depends on a country's production.
- Standards are be measured in :
- by comparing personal incomes.
- by comparing the total market value of a nation's production.
- Inflation is an increase in the overall level of prices the economy.
- One cause of inflation is the growth the quantity of money.
- When the government creates large quantities of money, the value of money falls.
- Phillips Curves illustrates the tradeoff between inflation and unemployment
- Inflation decrease ~ unemployment increase.
Subscribe to:
Posts (Atom)