Tuesday, 31 December 2013

2014..(datang mu tak ku se....)

assalamualaikum..
tetiba rase nak post..
sekarang ni dah tahun 2014 maknanya nak dekat 19 tahun aq hidup tp lambat  lagi..tggu lagi sembilan bulan genap aq  19 tahun..hehehe
anyway kat sini sebenarnya nak cerita pasal ,masa berlalu amat pantas jika tidak digunakan sepenuhnya dengan baik amatlah merugikan.Pesanan buat diri sebenarnya supaya jangan membazir masa.Namun,as human always make a a mistake,secara sengaja mahupun sedar sebenarnya.Walau apa pun aq selalu berdoa agar masa yang aq dapat digunakan sebaiknya dengan perkara berfaedah.Tapi masa depan tak siapa tahu apa akan berlaku kan?

Dalam sedar tak sedar hidup kat dunia dah lama rupanya.Dah besar dah aq rupanya,pernah aq cakap kat kawan aq tak nak membesar,tak nak jadi orang dewasa boleh tak?kawan aq pun cakap aq pun sama,tak nak jadi dewasa..tapi masing2 tahu itu mustahil  and time still fly on.Masa terus berlalu,kalau aq still fikir tak nak jadi orang dewasa ,dalam mimpi pun tak akan dapat sebenarnya.

Moral of the story,use our time wisely.Because the time that you have now,never will come back.Its only once and never ever willl turn back.And if you wish for the past to turn back you only waste your time and appreciate the ime that you have now with using it wisely.
*tetiba speking saje nak improve*

*that all from me*

Monday, 30 December 2013

Apa itu insomnia??

Apa itu Insomnia?

Insomnia adalah kesukaran untuk tidur dan kekurangan kualiti tidur. Kini,pelbagai lapisan masyarakat yang mengalaminya.
Terdapat 3 jenis insomnia:
  1. Insomnia sementara: simptom berlaku selama beberapa hari sehingga seminggu paling lama
  2. Insomnia Akut: Juga dipanggil insomnia jangka pendek.Berlaku selama beberapa minggu
  3. Insomnia kronik: Simptom berlaku selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.Menurut National Institutes of Health kebanyakan kes insomnia kronik adalah disebabkan kesan sampingan yang berlaku oleh pesakit itu yang mengalami  masalah lain.
Walaupun insomnia boleh berlaku  pada sebarang usia,tetapi lebih kerap dihidapi oleh pesakit wanita daripada lelaki.. Gangguan tidur ini  boleh melemahkan sekolah dan prestasi kerja, dan juga menjadi punca obesiti, kebimbangan, kemurungan, cepat marah, kurang tumpuan, masalah ingatan, fungsi sistem imun yang lemah, dan mengurangkan masa tindak balas. Insomnia juga telah dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kronik.

Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah gangguan tidur ini antara lain:
  • Berolah raga teratur. Beberapa penelitian menyebutkan berolah raga yang teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Olah raga sebaiknya dilakukan pada pagi hari dan bukan beberapa minit menjelang tidur. Dengan berolah raga, kesihatan akan menjadi lebih optimal, sehingga tubuh dapat melawan stress yang muncul dengan lebih baik.
  • Hindari makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak senang, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering  untuk buang air kecil.Oleh itu, keadaan ini akan menganggu untuk tidur yang nyenyak.
  • Tidurlah dalam lingkungan yang nyaman. Saat tidur, matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulkan suara, pastikan selesa  dengan suhu ruangan tiduranda. Jauhkan jam meja dari pandangan  kerana benda itu dapat membuat Anda cemas keraan belum dapat terlelap sementara masa terus berlalu.
  • Kurangkan mengambil minuman yang bersifat stimulan atau yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi, alkohol dan rokok. Hal-hal tersebut akan menyebabkan anda terjaga yang tentu saja tidak anda perlukan bila ingin tidur.
  • Makananlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat menjelang tidur. Minumlah segelas susu panas.
  • Mandilah dengan air panas  30 menit atau satu jam sebelum tidur. Mandi airpanas akan menyebabkan efek sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, mandi air panas juga mengurangi ketengangan tubuh.
  • Hentikan menonton TV, membaca buku, setidaknya satu jam sebelum tidur.Gunakanlah tempat tidur Anda khusus hanya untuk tidur. Hal demikian, untuk kita sesuaikan diri dengan lingkungan tempat tidur. Saat terbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur.
  • Lakukan aktivitas relaksasi secara rutin. Mendengarkan muzik, melatih pernafasan, meditasi dan lain-lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh, sehingga tubuh Anda akan menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur.
  • Tenangkan fikiran,jangan fikir tentang perkara yang menyesakkan fikiran. 
  • Tidur dan bangunlah dalam waktu yang tetap setiap hari.


Read more: http://doktersehat.com/apa-itu-insomnia/#ixzz2p2BcWbma
*tidur yang cukup dan sempurna  melahirkan produktiviti yang mantap*
-badan sihat,otak cerdas,membuahkan hasil yang baik-
Assalamualaikum...embuka bicara..di sini saya nak berkongsi sedikit tentang 10 soalan sebelum bertunang..harap bermanafaat..

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Source: iLuvIslam
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. 

 Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
 10 soalan itu adalah
: 1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
 2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan? Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
 3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya? Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
 4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
 5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan? Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
 6. Adakah dia seorang yang suka bergaul? Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari? 
 7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya? Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
 8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya? Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
 9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan? Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman. 
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka? Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga? Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. 
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
 Source: iLuvIslam

*that all from me*

Tuesday, 24 December 2013

Rancang perjalanan

Assalamualaikum..sebenanye x tahu nak post ape..tetiba dapat idea nak post pasal ni..semua ni diinspirasikan melalui pengalaman first time g trip dengan kekawan tanpa family.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan:

  1. Survey /cari maklumat tentang tempat yang hendak kita lawat.
  2. Pastikan tempat apa yang hendak dilawati(jangan dah sampai destinasi baru nak fikir-buang masa)
  3. Sentiasa prepare?sedia dengan plan b,kalau ape-ape berlaku.ex:sesat,tayar pancit,etc-bak kata pepatah malang tidak berbau
  4. Kalau anda pergi dengan kawan-kawan-jangan lupe mintak izin restu ngan parents atau penjaga.*penting untuk keberkatan..kalo dorg x bagi baik jangan pergi nnt banyak musibah nye..
  5. Niatkan nak pergi untuk kebaikan.Jangan peregi suka2 je tanpa tujuan.
Perkara yang perlu dibuat dalam perjalanan dan bile dah sampai destinasi:
  1. Jaga mulut jangan cakap perkara yang tak baik kerana semua itu akan menyebabkan perkara yang x diingini berlaku.So jaga mulut.
  2. Jaga batas pergaulan kalau keluar bersama kawan2 yang berbeza jantina.dah besar kan,pandai2 jaga diri..
  3. Kalau dah pergi secara berkumpulan,buat cara berkumpulan jangan nak buat hal sendiri ikut kepala sendiri.Nanti apa2 jadi menyusahkan orang lain pula.
  4. Shopping atau beli apa yang patut ikut bajet masing-masing jangan sampai terlebih bajet.
*that all from me*harap-harap bermanfaat..

kalau memandu berhati-hati lah ye..*biar lambat asal selamat*beringat sebelum kena*

Monday, 9 December 2013

The time.......

Masa……sesuatu yang sangat berharga yang tak mampu sesiapa pun dapat membeli,memberi atau menjualnya..masa tidak dapat diganti,berulang atau seangkat dengannya.Namun,adakah kita menghargai masa yang dikatakan amat berharga ini??????Tepuk dada Tanya Iman..tanya hati,Tanya minda….
Macam mana yang dikatakan kita menghargai masa ini????Bagaimanakah cara yang yang betul yang membuktikan kita menggunakan masa sebaiknya.?Banyak sugguh persoalan yang saya utarakn…
Disini,ada beberapa cara yang saya rasakan dapat menggunakan masa kita sebaiknya dan tidak kita biarkan masa kita berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang perkara berharga yang berlaku.
  • 1.    Sebelum tidur,fikirkan apa perkara yang akan kita lakukan esok.
  • 2.    Macam selalu,cikgu2 cakap dulu..ade jadual belajar..tapi yang ni kita mesi ada jadual harian(even x fully kut tapi at least ade lorh okay)
  • 3.    Bangun pagi terus buat apa yang kita dah rancangkan.Kalau malas mesti paksa diri untuk follow apa yang kita dah rancangkan
  • 4.    Jangan tangguhkan kerja a.k.a assignment yang perlu dibuat.
  • 5.    Sertai kelab atau aktiviti yang dapat menambah pengetahuan mahupun kemahiran atupun perkara yang dapat membantu orang lain.Aktiviti sukan pun bagus badan sihat otak cergas…
  • 6.    Selalu bergaul dengan oang yang menghargai masa agar kita tak terikut-ikut aktiviti yang tak berfaedah orang tu.
  • 7.    Selalu berdoa agar apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang bermanfaat.


That all from me….hope bermanafaat untuk semua…






Thursday, 5 December 2013

Assalamualaikum...........
'life' atau kehidupan adalah sesuatu yang dipunyai oleh semua orang.Setiap mempunyai kehidupan tetapi dalam keadaan yang berbeza.apa makna kehidupan untuk korang semua??????
Untuk saya kehidupan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka dan penuh dengan kejutan dan cabaran.
Kejutan??yang tidak dapat dijangkakan.Tapi kita masih perlu teruskan kehidupan dengan kejutan-kejutan dan cabaran yang datang..Right????so kita kena harungi cabaran yang tak terjangka dan kejutan yang kadang-kadang tak boleh nak terima dan jadikan kehidupan ni penuh bermakna dan berkat,sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain.Because kehidupan atau 'life ada jangka hayat tertentu atau kata nama lainnya 'due date' dan' not long-lasting'.Always set in your mind what have now maybe is not yours forever,so use it fully and wisely.